Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali sebagai shalatulail. Solat ini kerap kali dilakukan terutama oleh para pemimpin Islam Zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat dikatakan juga, mereka tidak pernah meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.Dalam al-Quran juga terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga beberapa hadis Nabi s.a.w yang turut menegaskan kebaikan mengerjakan solat tahajud ini.
Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat antaranya Dr. Ray Meddis; seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology di mana beliau mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja.Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian - tidur ayam dan tidur lena. Manakala tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lena yang mana mengikut kajian saintis Barat ialah memadai selama tiga jam sahaja.Biasanya kita sering sahaja berasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Hal ini adalah kerana kita tidak mempunyai pengetahuan dan mengetahui peraturan yang perlu diikuti ketika ingin tidur.
Tidur yang diatur boleh menjimatkan masa kita dan membolehkan kita melakukan ibadah dan kerja-kerja lain.
Rasulullah s.a.w telah memberikan contoh yang baik untuk tidur lengkap beserta dengan doa-doanya sekali dimana ditafsirkan bahawa latihan untuk tidur malam adalah seperti :
1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika makan malam diambil dengan kuantiti yang banyak, ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan seterusnya menyebabkan kita susah bangun dari tidur dan sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.
2. Tunaikan solat Isyak sebelum tidur.
3. Bersihkan tempat tidur seperti tilam, bantal dan cadar dari habuk dan lain-lain kotoran.
4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah s.a.w.
5. Kurangkan masa tidur dari lapan jam sehari kepada tujuh jam sehari untuk bulan pertama latihan; pada bulan kedua kurangkan masa tidur malam kepada enam jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga kepada lima jam sehingga kita boleh tidur untuk masa tiga jam sahaja. Cara untuk kita tidur dan bangun juga mempunyai peraturan yang perlu diikuti bagi menjaga kesihatan dan mengelakkan diri dari dihidapi pelbagai penyakit. Bagi mereka yang sering bangun tidur melompat dari tidurnya (terkejut) boleh menghadapi risiko sakit jantung yang boleh membawa maut.
Demikian menurut pendapat seorang doktor dari China; Dr. Huang Guoxiong dari Kolej Perubatan Lioning.Al-Quran turut menyebut segolongan manusia yang masuk syurga kerana ibadah malamnya dan kurangnya tidur malam. Firman Allah s.w.t dalam al-Quran yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.” ( Surah az-Zariat ayat 15-18 ).
Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang. Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab : “The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep.” Maksudnya “Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulu sebelum saya tidur.”“The heights by great men reached and kept were not attained by sudden fight. But while their companions sleep were toiling upwards in the night.” – (Longfellow) Maksudnya “ Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur.”Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah s.w.t itu mendatangkan kebaikan.
Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup.Dari segi sains perubatan pula, kita akan dapat menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari selain menggerakkan otot-otot di dalam badan bagi menyegarkan badan dan melicinkan gerak aliran darah. Kedua-dua oksigen dan gerak otot itu sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi.
Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidat merasa nikmat oksigen ini!Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka. Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur.
0 comments:
Post a Comment