Piagam Pelanggan SKMS

Monday, March 8, 2010

BAHAWASANYA KAMI WARGA SK MUZAFFAR SYAH DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK :-

Melaksanakan pendidikan yang berkualiti di sekolah ini bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan Negara bagi mencapai matlamat Pendidikan Kebangsaan

Memastikan pengajaran dan pembelajaran dimulakan hari pertama persekolahan.

Berkhidmat dengan penuh dedikasi, komited, berdisiplin, cekap, produktif dan proaktif sepanjang masa.

Memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan murid, ibu bapa atau penjaga, masyarakat dan Negara.

Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan yang segera kepada pelanggan yang berurusan dengan kami.

Menentukan segala surat menyurat, laporan dan maklumat diberi perhatian dan tindakan segera dengan sempurna kepada pihak yang berkenaan.

Mewujudkan persekitaran dan budaya sekolah yang kondusif ke arah melahirkan murid yang seimbang dan harmonis selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan dan teguran yang membina daripada semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan sekolah dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

0 comments: