10 Wasiat Imam Syafie

Tuesday, March 9, 2010

10 Wasiat Imam Syafie
Pertama hak kepada diri........Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
Kedua hak kepada malaikat maut........Mengqadak kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan maaf daripada orang yang dizalimi, memuat persediaaanuntu mati dan merasa cinta kepada Allah.
Ketiga hak kepada kubur........Meninggalkan tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi
Keempat hak kepada Munkar dan Nakir.......Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
Kelima hak kepada Mizan (neraca timbangan amalan)........Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menaggung kesulitan.
Keenam hak kepada Sirat (titian yang merentasi neraka pada hari kiamat)........Membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang yang beriman dan suka berjemaah.
Ketujuh hak kepada Malaikat Malik........Menangis lantaran takut kepada Allah, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta bersembunyi dan memperelok akhlak.
Kelapan hak kepada Malaikat Ridhwan........Berasa redha dengan qada Allah, bersabar menerima bala, bersyuku di atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
Kesembilan hak kepada Nabi Muhammad s.a.w.......Berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-sunnah, menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan dari Allah.
Kesepuluh hak kepada Alah s.w.t........mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari keburukan, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

0 comments: