Manusia Bermusuh Kerana Harta Dan Tahta

Thursday, August 19, 2010

Manusia bermusuh kerana harta dan tahta
Dari Abdullah bin Amr Ash, RasuluLlah s.a.w. bertanya kepada para sahabat, "Jika Persia dan Romawi telah berhasil ditaklukkan untuk kalian, bagaimana keadaan kalian ketika itu?”AbdurRahman bin Auf menjawab, "Kami akan bersikap seperti yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.”Rasul menyanggah, “Atau, tidak akan begitu! Kalian akan berlomba-lomba dan bersaing, kemudian kalian akan hasad, selanjutnya kalian akan saling membelakangi dan kemudian akan saling membenci.”(Hadith ini sahih diriwayatkan Imam Muslim dalam kitab Sahihnya bab Zuhud dan Raqaiq (kelembutan jiwa),Hadith nombor 7616)Huraian:Hal begini bakal berlaku bila kekuasaan dan kekayaan berada ditangan umat Islam.
Apabila perintah Allah s.w.t. mulai diabaikan ketika tahta dan harta sudah ditangan, maka 4 TA akan berlaku yang menyebabkan tahta dan harta hilang kembali. 4 TA tersebut ialah pertama, Tanafus iaitu saling berebut dan bersaing untuk mendapatkan dan tidak suka jika orang lain yang mendapatkannya. Kedua, Tahasud iaitu saling hasad, iri dan dengki. Berbagai cara akan dilakukan agar kenikmatan yang dirasai saudaranya hilang. Ketiga Tadaabur iaitu saling membelakangi, tidak bertegur sapa dan memutuskan sebarang bentuk hubungan dan komunikasi. Keempat, Tabaghudh iaitu saling membenci, kata-mengata, fitnah memfitnah. Ukhuwwah menjadi putus, permusuhan semakin marak dan mendalam.Baru semalam di dalam satu perbincangan mengenai perjanjian untuk projek kerjasama, timbul satu isu mengenai betapa perlunya kita membuat perjanjian yang jelas hatta dengan saudara kandung sendiri bagi mengelakkan permusuhan. Kita tidak boleh mengambil sikap tak apa, sikap ambil mudah kerana mempercayai seseorang. Bila soal harta dan tahta, manusia akan cepat berubah dan kelabu mata. Malah pepatah Melayu ‘air dicincang tak akan putus’ yang menggambarkan perbalahan sesama saudara tidak akan memutuskan persaudaraan perlu dikaji semula. Persoalannya bagaimana kalau air tersebut dah dibekukan. Bukankah boleh diputus dua dengan gergaji? Maknanya selagi dua pihak boleh berlembut dan tidak membeku dengan sikap tidak mahu bertolak ansur, maka persaudaraan masih dapat diselamatkan. Kalau tidak berantakkanlah jadinya. Fikirkanlah……….!

0 comments: