Gambar Kelas Pelajar Sesi Petang SKMS 2010

Thursday, August 26, 2010








Gambar Kelas Pelajar Sesi Pagi SKMS 2010











Azab Anak Derhaka Hadapi Sakaratul Maut

Thursday, August 19, 2010


CERITA BENAR AZAB ANAK DERHAKA HADAPI SAKARATUL MAUT OLEH : USTAZ NAHRAWI MARZOKI.

Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya.Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak mampu ditanggung lagi. Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya. Di sisi katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu. Jelas mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat sembuh. Di katil pula, Jalal meraung dan meronta sambil tangan dan kakinya terikat kemas di katil. "Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami.

Saya dah tak tahu apa nak buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni," kata salah seorang abang kepada Jalal sebaik melihat saya sampai. Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon meminta saya segera datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bongsu mereka itu. "Apa sakitnya ni?" tanya saya. "Entahlah ustaz, doktor pun tak tau." Sedang kami berbual, tiba-tiba sekali lagi Jalal menjerit kesakitan. Kali ini jeritannya cukup jelas di pendengaran saya. Jeritannya menakutkan dan menyedihkan. "Emak, ampunkan saya mak. Panaaaassss. Saya sakit mak, sakiiiiittttttt! Tolonglah emak, ampunkan dosa saya." Berserta raungan yang dilepaskan sekuat hati, tubuh Jalal menggelepar seperti dipanggang di dalam api yang marak. Mukanya berkerut sementara matanya terbelalak akibat azab yang amat pedih. Semua yang ada di wad berkenaan memandang ke arah kami. Jeritan itu menyebabkan saya tertanya-tanya. Apakah yang menyebabkan Jalal jadi sedemikian rupa? Apa pula kaitan antara penyakitnya itu dengan ibunya?

"Panggil ibunya segera," kata saya. Namun kata-kata saya itu tidak dijawab. Ahli keluarga Jalal cuma terdiam, menundukkan muka atau berpandangan sesama sendiri. "Kenapa ni?" tanya saya. Dengan perlahan abang Jalal bersuara, "Ustaz, ibu kami baru sahaja meninggal dunia dua minggu lepas." "Kalau macam ini susahlah sikit. Saya rasa mungkin Jalal ada melakukan kesalahan besar kepada ibunya, sebab itulah dia menanggung azab yang begini rupa. Dalam keadaan macam ini, cuma ibunya saja yang dapat membantu," kata saya berterus terang. Mereka cuma mendiam diri sementara jeritan Jalal semakin kuat. Saya semakin ingin mengetahui puncanya kerana dengan latar belakang itu insya-Allah saya boleh cuba carikan jalan lain untuk meredakan kesakitan Jalal.

"Ceritakanlah kepada saya apa yang sebenarnya telah berlaku." "Ustaz, sebenarnya adik saya ini sudah derhaka kepada arwah ibu kami," jawab salah seorang daripada mereka. Dengan tenang, tapi air mata bergenang abang Jalal menceritakan kepada saya kisah yang sebenarnya, kisah yang cukup menyayat hati saya. Menurutnya, Jalal adalah anak bongsu daripada mereka enam beradik, empat perempuan dua lelaki dan di kalangan mereka, Jalallah yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi. Bagaimanapun, sejak kecil hinggalah dia bekerja dan seterusnya berkahwin, Jalal sentiasa sahaja melawan dan menyanggah kata-kata ibunya. Nasihat dan teguran ibunya pula dipandang rendah serta tidak diendahkan. Syurga anak di bawah telapak kaki ibunya. Walaupun berpendidikan tinggi, Jalal sentiasa sahaja kekurangan wang, seolah-olah tidak dirahmati rezekinya. Berterusanlah keadaan itu hingga dia berumahtangga. Keadaan menjadi semakin buruk apabila Jalal meletakkan jawatannya di sebuah syarikat swasta. Hasratnya adalah untuk mencari rezeki yang lebih banyak di syarikat lain, namun nasibnya bukan sahaja tidak berubah, malah menjadi semakin parah. Walau di syarikat manapun yang Jalal bekerja, dia akan menghadapi masalah yang seterusnya membawa kepada dia meletakkan jawatan. Dalam kegawatan itulah Jalal mula meminjam wang daripada sahabat- sahabatnya.

Selepas sekian lama hutangnya semakin banyak, namun dia masih tidak mampu melunaskannya. Rumahtangga Jalal mula kucar- kacir dan akhirnya mereka bercerai. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Jalal mendesak ibunya supaya mencagarkan tanah mereka di kampung kepada bank. Tanah seluas 12 ekar itu ditinggalkan oleh bapa mereka yang meninggal dunia tiga tahun sebelum itu. "Emak, saya nak tanah tu. Bank dah setuju nak kasi RM500,000. Saya nak duit tu buat berniaga," katanya kasar. "Jalal, engkau ni dah melampau. Itu tanah adik- beradik kamu," jawab si ibu. "Ahhh, saya tak kira." "Jalal, emak tidak benarkan. Emak tau, duit tu nanti bukannya engkau nak buat berniaga, tapi nak bayar hutang," jawab ibunya. Bukan sahaja ibunya, malah semua adik-beradik Jalal tidak membenarkannya mencagarkan tanah tersebut kepada bank. Jalal pulang dengan hati kecewa. Namun dia masih bertekad untuk mendapatkan tanah berkenaan walau dengan apa cara sekalipun. Suatu hari, Jalal datang ke rumah ibunya. Beberapa orang adik-beradiknya ada di situ. Sekali lagi pertengkaran berlaku dan berakhir dengan tragedi yang amat menyedihkan. Ketika kemarahannya sampai kemuncak, Jalal menolak ibunya sekuat-kuat hati menyebabkan kepala ibunya terhantuk di pintu. Darah dari luka terpalit di pintu sedang ibunya terjelopok di lantai, rebah tidak sedarkan diri. Si ibu segera dibawa ke hospital sementara Jalal puas hati kerana dapat melepaskan kemarahannya. Akibat pendarahan otak yang serius, ibunya meninggal dunia tanpa sempat melafazkan keampunan kepada Jalal.

Bermulalah azab dalam hidup Jalal. Kira-kira seminggu selepas kematian ibunya, Jalal dikejarkan ke hospital kerana jatuh sakit secara tiba-tiba. Apa yang membingungkan ialah doktor gagal mengesan penyakit yang dihadapinya. Jalal sebaliknya meraung, menjerit, meronta dan menggelepar kesakitan. Dalam raungannya itulah dia meminta ampun kepada arwah ibunya kerana tidak sanggup menanggung azab yang pedih. Berterusanlah = keadaannya selama beberapa hari hingga saya dipanggil. Dalam waktu itu, doktor dan jururawat tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mengikat Jalal di katil dan menyuntiknya dengan ubat pelali untuk menidurkannya. "Kalau begitu kisahnya, saya cuba cara lain," kata saya. Di samping ayat-ayat suci al-Quran, saya membacakan surah Yassin untuknya. Namun apabila dibacakan saja ayat suci itu, Jalal menjerit kepanasan. Tubuhnya menggeletik dan menggelepar kesakitan. "Aduh panasnya! Emak, ampunkanlah saya emak! Jangan bawa saya ke situ = emak, panas. Jangan bawa saya ke situ. Saya tak mau, sakit, sakit. Tolonglah saya emak, ampunkan saya, saya bersalah." Jeritan Jalal itu meruntun hati saya. Apakah yang dimaksudkannya dengan 'ke situ'? Kenapa Jalal tidak mahu dibawa 'ke situ' dan apa yang dilihatnya di situ? Akibat tidak tertahan panas, tubuh Jalal terpaksa dibogelkan. Tangan dan kakinya terus diikat ke katil. Selepas puas mencuba tapi keadaan Jalal masih tidak berubah, saya meminta diri untuk pulang. Satu ingatan saya tinggalkan kepada mereka, "Jika Jalal masih hidup selepas zuhur ini, insya-Allah nyawanya masih panjang. Kalau tidak..."


Ketika itu lebih kurang pukul 10 pagi. Saya tinggalkan mereka, namun sedang saya memandu, telefon bimbit saya berdering. "Ustaz! Cepat ustaz, adik saya dah nazak," kata si abang. Saya berpatah balik dan apabila sampai di katilnya, saya lihat Jalal begitu tenat. Nyawanya seperti sudah di penghujungan. Keluarganya semakin cemas sambil air mata tidak henti-henti mengalir. Saya bacakan Surah al-Asr, Surah, al- Falaq, Surah an-Naas serta asma ul husna. Alhamdulillah, Jalal berhenti meraung dan menggelepar. Keadaan senyap seketika. Masing- masing beristighfar dan membaca ayat-ayat suci al-Quran. Terbayang kelegaan di wajah mereka. Tiba-tiba, ketenangan itu dipecahkan sekali lagi oleh jeritan Jalal. Dia mengerang sambil tubuhnya kejang menahan kesakitan, mata terjegil seperti hendak terkeluar dan dalam satu detik yang serentak juga najisnya terpancut keluar. Bertabur membasahi seluarnya. Bau najis menusuk hidung kami.

Maha suci Allah keadaannya adalah seperti sesuatu yang berat menghenyak perutnya yang mengakibatkan nyawa, roh, najis, organ-organ dan segala-galanya yang ada di dalam tubuh terhambur keluar secara serentak. Di bahagian atas, semuanya seperti hendak terpancut keluar hingga mata Jalal tersembul sementara di bahagian bawah, kakinya kaku dan najis berhambur memancut-mancut. Cukup aib dan menyedihkan. Pakaian dan katil basah dengan air mata, peluh serta najisnya.

Selepas 'rentapan' itu, Jalal tidak bernafas lagi. Degupan jantungnya berhenti dan dia pergi menghadap Allah SWT untuk menerima balasan amalannya. Tamatlah riwayat seorang anak derhaka. Saya cuma mampu melihat dengan gementar sementara keluarga Allahyarham menangis dan berpelukan sesama sendiri. Yang perempuan terpaksa keluar kerana tidak sanggup melihat mayat adik mereka. Demikianlah sakaratulmaut datang menjemput Jalal. Seperti yang dijelaskan di dalam al-quran dan hadis, ia datang dengan menyentap, merentap dan merenggut nyawa Jalal tanpa ada kasihan belas. Sudah berpuluh-puluh tahun saya menguruskan jenazah dan melihat orang menghadapi saat kematiannya, namun pengalaman menyaksikan sakaratulmaut menjemput Jalal cukup memilukan hati saya. Kesengsaraan yang ditanggung oleh Jalal sudah berakhir, namun mayatnya meninggalkan keaiban yang amat sangat.

Matanya terbonjol seperti hendak terkeluar sementara giginya menyeringai. Dari kerut wajahnya, jelas sekali Allahyarham baru sahaja menanggung kesakitan dan azab yang amat pedih. Saya cuba pejamkan mata Allahyarham, namun gagal. Kelopak mata tidak berupaya untuk menutup biji matanya yang tersembul itu. Cukup mengerikan kerana hanya mata putih sahaja yang kelihatan. Ikatan di kaki dan tangan Allahyarham dileraikan dan tangannya dikiamkan. Kaki Allahyarham dirapatkan, namun sekali lagi saya menyaksikan keaiban kaki Allahyarham tidak boleh dirapatkan kerana duburnya terpancut keluar dan membonjol di celah kelengkangnya. Saya menenangkan mereka supaya bersabar dan reda dengan apa yang telah terjadi. Selesai membersihkan tubuh Allahyarham, jenazah dibawa turun kerana keluarganya mahu menguruskan jenazah tersebut di rumah mereka di salah sebuah taman perumahan di sebuah negeri di pantai barat semenanjung.

Rupa-rupanya keaiban belum berakhir. Sebaik sahaja van yang membawa Allahyarham keluar dari perkarangan hospital, tiba- tiba keempat-empat shock absorbernya patah secara serentak. Van yang cuma membawa lima orang, mayat yang badannya sederhana sahaja, dua orang abang dan kakaknya, pemandu serta seorang pembantu, boleh patah shock absorbernya? kelindan van bergegas memanggil kami.

Maha suci Allah, Tuhan yang Maha Besar, apabila hendak dikeluarkan dari van, jenazah itu kami rasakan teramat berat hingga terpaksa diangkat oleh kira-kira 15 orang. Selesai masalah itu, satu lagi masalah timbul - tidak ada van atau kereta yang berani untuk mengangkat jenazah tersebut. Kebetulan sebuah lori kosong yang mengangkat tanah, pasir ataupun kelapa sawit lalu di tempat kejadian. Dengan lori itulah jenazah dibawa pulang ke rumahnya. Apa yang membingungkan kami ialah walaupun mayat berkenaan terlalu berat, tapi kayu penusungnya tidak pula patah. Lori bertolak ke rumah Allahyarham sementara saya pula memandu pulang ke rumah. Saya dimaklumkan bahawa Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur ibunya. Namun diceritakan juga kepada saya bahawa tanah yang ditambun ke atas kuburnya tidak mencukupi. Untuk mengelakkan kubur Allahyarham berlubang, tanah lain terpaksa diambil dan ditambur ke atasnya. Tiga hari kemudian, saya menerima panggilan telefon daripada keluarga Allahyarham.

"Ustaz, saya nak minta pertolongan dan pandangan daripada ustaz." "Apa masalahnya itu?" tanya saya. "Kubur adik saya berlubang ustaz." Masya-Allah, demikian sekali keaiban yang Allah tunjukkan kepada anak yang derhaka kepada ibunya. Menurut abang Allahyarham, kewujudan lubang itu disedari sehari selepas Allahyarham dikebumikan. Lubang tersebut bermula dari bahagian tengah kubur hinggalah mencecah kepada papan yang menutup liang lahad. Tambah abang Allahyarham lagi, mereka mengambusnya dengan tanah, namun keesokan harinya kubur tersebut berlubang semula. "Begini sajalah, cuba masukkan sekali kayu atau papan ke dalam lubang tersebut, insya-Allah, tak berlubang lagi," kata saya. Namun keesokan harinya sekali lagi abang Allahyarham menghubungi saya memberitahu bahawa kubur berkenaan berlubang semula. Apa yang membingungkannya, tanah di kubur arwah ibunya langsung tidak berubah, masih tetap membusut walaupun sudah lebih dua minggu dikebumikan.

Bukan itu sahaja, katanya, pokok yang ditanam di kubur ibunya juga hidup segar sedangkan pokok yang ditanam di kubur adiknya mati kelayuan. Pada hari kelima, saya menghubungi abang Allahyarham. "Begini sajalah," kata saya. "Mulai malam ini buatlah majlis Yassin dan tahlil. Panggil 20 orang dan setiap seorang baca Surah Yassin sebanyak 2 kali. Apabila selesai bacaan Yassin, minta imam bacakan doa supaya diampunkan dosa Allahyarham kepada ibunya. Baca dalam bahasa Melayu dan ulang doa itu sebanyak tujuh kali." Seperti yang saya nasihatkan, pada malam berkenaan mereka mengadakan majlis itu. Namun saya diberitahu, imam yang membaca doa tersebut menggigil ketakutan.

Alhamdulillah, pada hari ketujuh, kubur berkenaan tidak lagi berlubang. Peristiwa ini sudah berlaku empat tahun lepas namun masih terbayang-bayang di mata saya. Setiap kali tibanya hari raya aidilfitri, setiap kali itulah peristiwa tersebut menjelma dalam ingatan kerana ia terjadi cuma beberapa hari selepas kita berhari raya. Sungguh menyentuh hati saya, ketika orang sedang bergembira berhari raya, ketika itulah keluarga tersebut ditimpa petaka, si ibu meninggal dunia dan anaknya yang derhaka diazab hingga ke akhir hayatnya. Kisah ini saya paparkan bukan untuk mengaibkan Allahyarham ataupun keluarganya, tapi supaya kita dapat mengambilnya sebagai pedoman dan iktibar. Doakanlah semoga dosa Allahyarham Jalal diampunkan Allah.

Koleksi Mutiara Kata 8

Jangan terlalu boros mengeluarkan pendapat, sederhana memulai atau menjawab. Susunbaik-baik alasan yang diberikan kerana yang demikian amat besar muslihatnya di dalammenghadapi pekerjaan dan mengatasi kesulitan. - HAMKA

Kegagalan bukan bererti kehancuran, tetapi jadikanlah kegagalan itu sebagai batuloncatan menuju kejayaan demi kejayaan. - DANEIL WEBSTER

Kalau kamu mendapat kesusahan, ingatlah untuk menyimpan kesabaran. - HORATIUS

Jika kita bertimbang rasa dan sudi memikirkan kegembiraan orang lain, tentulahkegembiraan itu lebih dahulu akan singgah pada diri kita. - PLATO

Kegagalan dan kesengsaraan adalah guru yang keras dan kejam, yang bekerja demikepentingan kita yang tahu mana yang lebih baik dam mencintai kita melebihi kitasendiri. - EDMUND BURKE

Hati seorang bodoh ada dimulutnya, tetapi mulut seorang bijaksana adadihatinya. - BENJAMIN FRANKLIN

Mengenal diri sendiri adalah satu tugas yang paling mencabar di dunia ini. Ikutilahmanusia bijaksana, dia yang tahu dan sedar kalau dia tahu. - P. DARYANTO

Orang yang mempunyai kekuatan peribadi ialah orang yang kuat kemahuannya dansanggup melaksanakan sesuatu dengan tabah dan tekun mengikut prinsip yangdipegangnya. - PUJANGGA

Setiap jam di dalam umur manusia itu ada gunanya belaka. Maksud yang sudah ditentukanbagi jam itu tidak akan didapati lagi pada jam yang lain seumur hidup kita.Wang dapat dicari dengan bekerja keras, memeras keringat dan membanting tulang, tetapiwang juga boleh diperolehi dengan hanya berfikir dalam sedikit masa. - PERIBAHASA CINA

Kekurangan kepercayaan kepada diri sendiri, seringkali menjadi penyebab kegagalanmanusia. - POUW KIOE AN

Aku akan menemukan jalan. Kalau tidak aku akan membuatnya. Tidak ada sesuatuyang mustahil bagi orang yang mahu. - MIRABEAU

Temanmu ialah orang yang sentiasa berkata benar dan bukan yang sentiasa membenarkansahaja kata-katamu. - AL-HAKIM

Orang-orang muda menganggap dirinya cukup mengerti sebagaimana orang mabuk menganggapdirinya tidak mabuk. - LORD CHESTERFIELD

Keinginan belajar adalah benih kemajuan, tetapi keinginan belajar sahaja tanpatenaga membangun adalah seumpama baling-baling, tiada mempunyai kemudi. - ALI SASTROAMIJOYO

Bersahabat dengan orang yang jahat itu ibarat berperahu di laut. Sungguhpun kitaselamat daripada tengelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut. - PERIBAHASA ARAB

Bersungguh-sungguhlah menegakkan pendirianmu selama hidup; ketahuilah bahawa kehidupanitu hanya berharga dan bermakna, kerana keyakinan yang tegas dan tetap, serta usahayang bersungguh-sungguh. - SHAUQI BEY

Jangan menyesali kegagalan yang dialami dengan menuduh atau menyalahkan orang lain,akan tetapi akuilah sesungguhnya kegagalan itu adalah kerana perbuatan andasendiri. - WALTER B. PITKIN

Jangan memikirkan masa lampau dan jangan memikirkan masa yang akan datang, tetapirenggutlah dan tawanlah saat sekarang ini serta ambillah faedah. - MARDEN O.S.

Membalas sikap buruk lawan dengan budi yang baik adalah budi yang palingtinggi. - HAMKA
Peti ilmu di dada, peti perkataan di lidah, peti fikiran di akal, peti bodoh itujahil. - IMAM SYAFIE

Koleksi Mutiara Kata 7

Perkerjaan baik dipandang baik oleh akal dan perasaan yang sihat, dan kejahatandipandang jahat oleh akal dan perasaan yang sihat. - MUHAMMAD ABDULLA

Kelebihan sesetengah manusia dengan sesetengah manusia lain, baik di duniamahupun di akhirat, ialah kelebihan akal. Kesempurnaan bahagia tergantungkepada kesempurnaan akal. - MAKSUD HADIS

Kalau seseorang menyalahkan orang lain apabila dia mengalami kegagalan, dia jugaakan menyatakan bahawa orang lainlah yang berjasa kalau dia berjaya. - HOWARD NEWTON

Orang yang berfikir dan merenungkan diri dan menilai hidup, mudah memperbaikitujuan hidupnya sendiri. - HAMKA

Seorang guru yang mengajar tanpa cuba menimbulkan dan menghidupkan keinginan dansemangat belajar di kalangan murid-muridnya sama seperti orang yang menempa besiyang dingin. - MANN HORACE

Angka buruk dalam Kad Kemajuan Pelajaran, harus dipertanggungjawabkan oleh murid,angka baik adalah jasa sekolah. - KARL HEINZ PICKEL

Kesusahan dalam hidup laksana musim dingin, basah dan lembab, tiada disukai olehmanusia dan binatang. Tetapi sesudah musim sejuk tumbuh pula bunga-bunga yangharum dan buah yang subur. - WALTER SCOTT

Percayalah tenaga sendiri. Peganglah nasib hidup dengan kedua belah tangan danubahlah nasib mengikut kemahuan sendiri. - DR. ABU HANAFIAH

Kehidupan adalah pergantian di antara susah dan senang, naik dan turun. Mana yangtertentu buat kita, tidaklah dapat dipindahkan kepada orang lain dan yang tertentubagi orang lain tidaklah berpindah kepada kita. - HAMKA

Mendidik bukan dengan mengisi otak murid dengan serba macam pengetahuan. Tetapimendidik ialah membangkitkan jiwa dan fikirannya untuk tahu, supaya apa yangdiketahuinya nanti dapat dipergunakannya untuk mencari apa yang belumdiketahuinya. - DR. OVIDE DARCOLY

Tinggalkan barang yang menimbulkan keraguan engkau dan ambil yang tidakmeragukan. Sesungguhnya kejujuran membuat hati tenteram dan dusta membuat hatiragu-ragu. - MAKSUD HADIS

Hanya orang yang halus perasaannya, keindahan dan rahsia alam ini dibukakanTuhan untuknya. - SOCRATES

Kami menghormati sepenuhnya orang yang berani dan seratus kali lagi kami hormatikalau dia beradab. - BUDIMAN

Saya percaya bahawa setiap hak mengandungi erti bertanggungjawab, setiap kesempatanjuga mengandungi keharusan dan setiap milik mengandungi kewajipan. - JOHN D. ROCKEFELLER

Ilmu pengetahuan makhluk dan ilmu pengetahuan manusia tidak timbul daripada dirimanusia itu sendiri melainkan dilimpahkan oleh Allah dengan kuatkuasanya. - HAMKA

Agama Islam amat benci orang yang berambut kusut masai, tidak bersikat, berjanggutkusut masai, tidak bersih dan sebagainya. - MAKSUD HADIS

Selain daripada kerelaan untuk berkorban, kekuatan sesuatu bangsa juga bergantungkepada kerelaan dan kecekapan untuk bekerja. - SOEKARNO

Orang yang berjiwa kecil cepat naik darah kalau dirinya dikritik, tetapi orangyang bijaksana mampu memetik hikmah daripada orang yang mengkritiknya dan mampumenganalisis serta menguji dirinya sendiri. - WALT WHITMAN

Seorang yang berhasil mendapatkan cinta dengan mudah, akan sukar memperoleh cintasejati. - LORD CHESTERFIELD

Di medan hidup, ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan. Adayang berhubungan dengan kesihatan tubuh, dengan keberesan akal dan yang berhubungdengan kemuliaan adab dan budi. - HAMKA

Sebaik-baik kaya ialah kaya hati, sebaik-baik bekal ialah takwa, seburuk-burukbuta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta. - ABDULLAH MAS'UD

Jika tuan seorang yang kuat, pergilah tuan kepada yang lemah untuk menguatkan danmenunjang mereka. Jika tuan sendiri lemah, tinggalkanlah mereka dan carilahpergaulan dengan yang terkuat dan tertinggi budinya diantara bangsa tuan. - AUGUST LUBEN

Aku hairan melihat orang yang berpantang daripada halal kerana takut sakit, tetapitidak berpantang daripada yang haram kerana takutkan neraka. - IBNU SJABRAMAH

Jangan bertengkar dengan orang yang kurang akal, nanti ia menyakitkan kamu danjangan bertengkar dengan orang yang penyantun, nanti dia benci padamu. - IBNU ABBAS

Setiap hukuman, hendaklah dilakukan dan ditimbang dengan seadil-adilnya kerana apajuga pekerjaan, berkehendak kepada keadilan. Sebab bila keadilan tidak didirikanbesar harapan sesuatu pekerjaan itu akan terganggu. - H.M. MANSUR

Keadilan yang ada pada diri seorang raja, laksana sebentuk mutiara. Meskipun yangempunya telah mati, mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya. - HUKAMA

Jangan memikirkan masa lampau dan jangan memikirkan masa yang akan datang, tetapirebut dan tawan saat ini serta ambillah faedahnya. - MARDEN O.S

Koleksi Mutiara Kata 6

Kalau engkau tidak bahagia, itu adalah kesalahan mu kerana engkau suka menuntutyang bukan hak mu serta melupakan hak mu sendiri. - DR. ROSE

Kasih ibu kasih sahaja, kasih bapa mendengar kata. - PERIBAHASA MELAYU

Jika bangsa-bangsa hanya membuat perjanjian-perjanjian tetapi tidak mengusahakankeamanan, maka perdamaian abadi akan sentiasa terancam. - TRYGVE LIE

Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, pokoknya pun sihat. - BENG TJU

Empat hilang kerana empat: hilang nikmat kerana tidak bersyukur, hilang kekuatankerana mencari musuh, hilang kekuasaan kerana kelalaian dan hilang kesempatankerana memandang enteng. - HAMKA

Kalau engkau merasa berkuasa untuk bembuat aniaya kepada hamba Allah, ingat pulabahawa Allah lebih kuasa membalasnya. - UMAR AL-KHATTAB

Ada banyak pokok dan tidak semua berbuah. Ada banyak buah tetapi tidak semuanyabaik dan ada banyak ilmu pengetahuan tetapi tidak semua berguna. - NABI ISA A.S.

Jalan kekayaan terletak pada dua kata, kerja dan hemat. - BENJAMIN FRANKLIN

Orang akan sangat dihormati apabila ia melakukan pekerjaan untuk kesejahteraanmasyarakat sekitarnya. - MAHATMA GHANDI

Kalau manusia ingin membunuh harimau, ia menyebutnya olahraga. Kalau harimauingin membunuh manusia, ia menyebutnya keganasan. - GEORGE BERNARD SHAW

Hanya orang yang mempunyai keberanian mampu menanggung beban dari pengalamanyang buruk yang boleh dialami manusia dengan sikap bijaksana. - WILLIAM SHAKESPEARE

Demokrasi itu sebenarnya ialah pemerintahan daripada rakyat, oleh rakyat danuntuk rakyat. - OSCAR WILDE

Orang yang bertujuan hidup baik, akan segera jelas kelihatan baiknya dan orangyang berpura-pura akan segera pula kelihatan kepura-puraannya. Memang sangatlahnisbi wajah hidup yang dihadapi di dunia ini.Kehidupan ini seluruhnya diikat dengan janji. Mengakui sebagai hamba Allah,ertinya akan menepati janji dengan Allah. Mungkir janji dengan manusia punbererti memungkiri janji dengan Allah. - HAMKA

Kesalahan besar dalam pendidikan yang sehingga kini belum dapat dilenyapkanialah banyak anak-anak yang ditakuti dengan cerita-cerita dongeng yangngeri. - PROF. L. STRUMPHELL

Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orangyang tak berharta susah hati, di akhirat orang yang tidak beragama lebihsengsara. - SAYIDINA ABU BAKAR

Mabuk kekuasaan dan mabuk kemegahan, kadang-kadang harus diakui menjadi sebabtimbulnya hal-hal yang tidak diingini. - POLITIKUS

Mereka yang tidak sependapat dengan kita adalah orang yang paling banyakmemberikan pelajaran kepada kita. - WALLIS

Lidah yang tidak dapat dijinakkan adalah syaitan yang tidak dapat dikendalikan. - JAMESJadikanlah suatu keyakinan bahawa, 'apa yang tuan cita-citakan pasti tercapai, danapa yang tuan usahakan pasti berhasil.' - THOMAS ALVA EDISON

Orang yang terpuji bukanlah orang yang tidak pernah jatuh, tetapi orang yang telahjatuh dan dapat bangun kembali. - CONFUCIUS

Harapan laksana pelampung bagi jala, yang menghalang kita tengelam dalam putusasa. Ketakutan adalah laksana timah pemberat bagi jala, yang mencegahnya diapungkanoleh kegoncangan. - WATSON

Ada dua cara seseorang tidak akan maju - orang yang hanya mengerjakan apa yangdisuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa yang disuruh. - ANONIM

Ujian terhadap keberanian yang sejati ialah menerima kekalahan atau kegagalantanpa rasa patah hati. - CARLYLE

Fikiran hanya sihat dengan bekerja dan hanya dengan fikiran kita boleh membuatkerja yang menyeronokkan. - JOHN RUSKIN

Satu-satunya piala yang berharga dalam kehidupan ialah kuasa memaafkan danmemperbaiki kesalahan lawan. Piala ini berkilau-kilau, seolah-olah hendakmengajak manusia memetik dan memilikinya seumur hidup. - WINSTON CHURCHILL

Kehormatan daripada orang-orang yang sezaman dengan kita merupakan kebahagianyang besar daripada kekaguman generasi akan datang. - NAPOLEON BONAPARTE

Seseorang itu hendaklah memeriksa dirinya untuk suatu ketika yang lama sebelummemikirkan untuk mengutuk orang lain. - J.B. PAQUELIN

Cuma sedikit sahaja kanak-kanak yang dilahirkan dengan kebolehan yang berlebihan,tetapi semuanya berjaya hidup dengan sebaik-baiknya. - WILLIAM COWPER

Kesenangan itu adalah guru yang baik, tetapi sebenarnya, kesusahan itu adalahguru yang paling baik. - HAZLITT

Jangan menyesali kegagalan yang dialami dengan menuduh atau menyalahkan oranglain, akan tetapi akuilah sesungguhnya kegagalan itu adalah akibat perbuatansendiri. - PLATO

Koleksi Mutiara Kata 5

Hilanglah satu ciri kelakian seorang laki-laki, apabila ia memakai pakaian danperhiasan perempuan. - PEMUDA

Politik adalah penyakit gila, yang dideritai oleh ramai orang untukmenguntungkan segelintir orang sahaja. - ALEXANDER POPE

Hanya bangsa yang merdeka mempunyai kebudayaan yang hidup. - KANT

Cintai semua, percaya sesetengah orang, tetapi jangan berbuat jahatkepada sesiapa. - WILLIAM SHAKESPEARE

Mendidik bukan dengan mengisi otak murid dengan serba macam pengetahuan.Tetapi mendidik ialah membangkitkan jiwa dan fikirannya untuk tahu, supayaapa yang diketahuinya nanti dapat dipergunakannya untuk mencari apa yangbelum diketahuinya. - OVIDE DARCOLY

Pendidikan dalam rumahtangga dan suasana di rumah itu besar pengaruhnyadalam membentuk sikap jiwa. Kebiasaan-kebiasaan yang selalu dilakukan,amat payah diubah. - PERIBAHASA MELAYU

Jangan putus asa jika otak tumpul dan akal kurang cerdas. Kadang-kadangseseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak putus asa lebih maju daripadaseseorang yang cerdas tetapi malas. - HAMKA

Jangan malas mengulangkaji, sebab lancarnya kajian kerana diulang. Pelupaadalah penyakit yang berbahaya bagi ilmu pengetahuan. - HAMKA

Jangan diringankan pergaulan dengan guru, walaupun guru memberi hati. Jangancepat melintas dihadapannya, walaupun dia yang menghulurkan tangan. Meskipuntelah pandai dan terang otak, jangan mencuba membelakangi guru. Sebab, dengansikap yang tidak hormat, hilanglah martabat ilmu. - BUDIMAN

Jika kita mahu berjaya dalam hidup, yang bererti kita memiliki jasmani danrohani, kita harus melukiskan dalam angan-angan kita gambaran tentang diridalam keadaan sejahtera. - SUMANTRI MERTODIPURO

Cuma sedikit sahaja kanak-kanak yang dilahirkan dengan kebolehan yang berlebihan,tetapi semuanya berdaya hidup dengan sebaik-baiknya. - WILLIAM COWPER

Orang harus mengetahui cacat-cela kawannya tanpa membencinya. - HORATIUS

Selama anda bahagia, selama itulah anda ramai kawan, tetapi sesaat kesengsaraanmengancam diri anda, sesaat itu pula kawan-kawan anda lenyap tanpa meninggalkanbekas. - OVIDIUS

Kalau kita memerintah kekayaan, kita menjadi kaya dan bebas; kalau kekayaanmemerintah, kita akan menjadi miskin. - EDMUND BURKE

Sejarah membuat orang bijaksana. Sajak-sajak mempertajamkan fikiran mereka.Falsafah membuat mereka memahami sesuatu. Moral membuat mereka serius. Logikboleh membuat mereka mempengaruhi orang lain. - FRANCIS BACON

Orang yang berjiwa kecil cepat naik darah kalau dirinya dikritik. Tetapi orangyang bijaksana mampu memetik hikmah daripada orang yang mengkritiknya dan mampumenganalisis serta menguji dirinya sendiri. - WALT WHITMAN

Dimana alam yang bebas merdeka, disitu terdapat banyak kesalahan. Tetapi tegaspasti pula, disitu jalan kewajipan yang ditempuh orang. - SCHILLER

Orang yang pandai bercakap tanpa melakukan, persis kebun bunga yang penuhrumput. - PERIBAHASA

Berilmu bukan sekadar berteori, bukan sekadar bersilat lidah atau berlanggarpena. Berilmu ertinya beramal. Kita dijadikan Tuhan untuk bertugas. Sebab itumarilah kita gunakan umur yang singkat ini untuk mengabdikan diri kepada tugasyang telah digariskan Tuhan. - PROF. ZULKEFLI MUHAMMAD

Anda ingin memperkaya kawan? Jangan memberikan wang kepadanya, melainkan ajarlahia membatasi hawa nafsunya. - SENECA

Barangsiapa tahu akan kesalahan sendiri dan tidak membangkit-bangkitkan kesalahanorang lain, pasti ia tidak akan dibenci oleh sesiapapun. - KHONG HU CU

Susah dan senang adalah dua perhiasan dunia yang silih berganti menghiasi hidupmanusia. Kesenangan dan kesusahan itu masing-masing ada ajalnya, ajal yang tidakdapat ditentukan benar kejadiannya, disangkakan panas hingga ke petang, kiranyahujan di tengah hari. - HAMKA

Angka buruk dalam kad kemajuan pelajar, harus dipertanggungjawabkan oleh murid,angka baik adalah jasa sekolah. - KARL HEINZ PICKEL

Hidup hanya sekali, jadi biarkanlah saya berbuat kebaikan yang boleh saya lakukandan jangan biarkan saya tunda atau memungkiri kerana saya tidak akan melaluijalan ini lagi. - STEPHEN GRELLET

Keinginan belajar adalah benih kemajuan, tetapi keinginan belajar sahaja tanpatenaga membangun adalah seumpama baling-baling, tiada mempunyai kemudi. - ALI SASTROAMIJOYO

Penambahan ilmu akan menambah kuatnya iman dan iman yang kuat akan menambah baikdan tinggi mutu amalan. - HAMKA

Kebodohan sama dengan kegelapan, ilmu sama dengan terang cahaya. Bertambahluas dan dalam ilmu, bertambah luas dan dalam yang dapat diterangi oleh matahati kita. - HAMKA

Koleksi Mutiara Kata 4

Perasaan sombong itu sama keadaannya dengan ayam jantan, disangkanya matahariterbit setiap pagi kerana hendak mendengar kokoknya. - GEORGE ELLIOT

Sesiapa yang hendak mengerjakan sesuatu yang besar, harus sungguh-sungguhberusaha, dapat membezakan dengan tajam, memerhatikannya dari segenap penjuru,serta dalam mempelajarinya berkeras dan berkemahuan yang tidak dapatdipatahkan. - SCHILLER

Hak dan kewajiban adalah seperti pokok-pokok palma yang hanya akan berbuahbila tumbuh berdampingan. - FELICTE DE LAMENNAIS

Anda dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang pada adabnya dandaripada jawapan-jawapannya. - VOLTAIRE

Seorang Islam yang telah berakar iman di dalam dadanya, tidak pernahmerasa jengkel dan tidak pernah merasa kecil jiwanya. - ULAMA

Berhati-hatilah ketika berbantahan, kerana berbantahan itu saatbodohnya orang berilmu dan pada saat itulah syaitan berusaha supaya iatergelincir. - MUSLIM BIN YASAR

Jangan menghina orang lain kalau anda sendiri tidak sukadi hina. - PERIBAHASA INGGERIS

Untuk mengenal akhlak dan peribadi yakni adab seseorang, berikan kuasakepadanya, kemudian lihat bagaimana ia bertindak. - MONTESQUE

Pertengkaran itu tidak mempunyai apa-apa erti dari sudut agama. - MALIK BIN ANAS

Musuh yang paling dekat ialah kebodohanmu. Singkirkan dia sebagaimenyingkirkan bahaya daripada musuh-musuh mu. - ANON

Alam rumahtangga dan lingkungan keluarga merupakan tempat pertama manusiamempelajari pokok dan dasar pergaulan hidup dan masyarakat. - HAMKA

Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak padarohaninya. Apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang dicapai.Sesungguhnya setiap kegagalan mengandungi benih-benih kenikmatan yangakan datang. Sebenarnya setiap kegagalan itu hanya berlaku untuk sementarasaja. - HAMKA

Kalau anda seorang majikan, adakalanya anda perlu berlagak buta,dankalau anda seorang pelayan, adakalanya anda perlu berlagak tuli. - FULLER

Setiap yang dilakukan oleh manusia termmasuk fikiran, kemenangan dan semuayang telah berlalu, tersimpan dalam lembaran buku-buku. Buku-buku itu adalahmilik atau harta utama manusia. - THOMAS CARLYLE

Surat khabar adalah benda yang tidak boleh diabaikan. Barangsiapa yang tidakmahu ditolak keluar dari zamannya, hendaklah membaca suratkhabar. - L. SIMONS

Jika anda ingin menawan hati seseorang supaya menuruti kehendak anda, yakinkandahulu padanya bahawa anda adalah sahabat karibnya. - ABRAHAM LINCOLN

Ilmu yang paling rendah mutunya ialah ilmu yang berlegar di hujung lidah danilmu yang paling tinggi ialah yang melahirkan kesan kepada tingkahlaku dananggotanya. - SAYIDINA ALI ABI TALIB

Siapa yang selalu mencurigai orang lain, sebenarnya dia sendiri tidak dapatdipercayai. - BERTHOLD AUERBACH

Wang dan kuasa menyebabkan timbulnya penipuan di sana sini setiap hari. Tetapipenipuan yang paling dahsyat ialah menipu diri sendiri. - WILLIAM SHAKESPEARE

Rezeki yang baik daripada pelbagai anugerah dan pemberian. Akal yang cerdasadalah termasuk rezeki yang baik. Budi pekerti yang terdapat pada perikemanusianadalah termasuk rezeki yang baik. - HAMKA


Apabila temanmu telah berubah daripada kebiasaan yang ada padanya, maka marahlahdia. Marah mu itu adalah tanda engkau menyayanginya. - ABU DZAR

Dalam banyak hal, jalan tengahlah yang terbaik. Segala yang berlebih-lebihan akanmenimbulkan pelbagai kesukaran. - PLATUS

Kalau anda tidak berani dan tidak sanggup bekerja untuk kemajuan, tidak ada orangyang akan memajukan anda. Sebenarnya kesempatan-kesempatan itu sentiasa ada untukmemperlihatkan kecekapan anda. - FILSUF

Kemenangan itu berserta sabar, kelapangan berserta kepayahan; dan sesungguhnya,bersserta kesusahan itu ada kesenangan. - MAKSUD HADIS

Orang yang tidak dapat tertawa, tidak hanya cocok untuk pengkhianatan, tipumuslihat dan perompak, melainkan seluruh hidupnya sudah merupakan suatupengkhianatan dan tipu muslihat. - THOMAS CARLYLE

Jangan tertawa melihat orang jatuh, tetapi sebaliknya insaf bahawa kita sedangberjalan menempuh liku-lekuk jalan yang sulit. Kalau kita selamat, bersyukurlah.Dari kejatuhan orang dapat tegak kembali. Yang amat sayang ialah jatuh yang tidakdapat bangun semula. - HAMKA

Tiap-tiap orang berhasrat untuk hidup lama, tetapi tiada seorang pun yang bersediahendak tua. - MUSTAFFA KAMAL ATATURK

Hubungan antara ibu bapa dan guru adalah penting. Anak yang ayahnya bodoh, tidakakan menerima bodoh ayahnya sebab gurunya ada. Anak yang ayahnya pintar - sehinggaada harapan pula anaknya menjadi pintar - belum pasti menjadi pintar kalau tiadaguru yang memimpinnya. - BUDIMAN

Koleksi Mutiara Kata 3

Jangan menunggu sehingga hari esok apa yang dapat kamu lakukan hariini. Orang yang mampu mengatasi keadaan akan lebih cemerlang daripadakeadaan itu sendiri. - ELIZABETH BARRET BROWNING

Betapapun mulianya cita-cita, kalau hati tidak teguh dan tidak adaketahuan, maksud tidak akan tercapai. - AJARAN FILSAFAT

Semulia-mulia manusia ialah yang merendah diri ketika berkedudukantinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketikakuat. - KHALIFAH ABDUL MALIK MARWAN

Perkara yang paling malang dan berbahaya sekali dalam tiap-tiapkeadaan ialah orang yang tidak tahu apa yang hendakdikejarkannya. -NAPOLEON BONAPARTE

Salah satu perbezaan paling besar dan orang yang tidak berjayaterletak pada penggunaan waktu senggangnya. - W.J. BROWN

Tidaklah sekali-kali panjang fikiran seseorang selain ia telahberilmu. Dan tiada sekali-kali berilmu seseorang itu selaindia beramal. - SAYYID WAHAB MUNABIH

Di antara segala pekerjaan yang paling susah ialah memahami danmengerti. Apabila telah faham dan mengerti, segala pekerjaanmudah saja dilaksanakan. - DR. SUN YAT SEN

Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya, jangan engkautinggalkan dia, kerana sekali ia membengkok dan sekali iamelurus. - ABU DARDA

Manusia yang paling pandai menguasai diri ialah yang paling sedikitmengganggu orang lain. - SUMANTRI MERTODIPURO

Khabar bohong hanya laku pada suatu masa kepada sesetengah orang,tetapi tidak laku pada setiap masa untuk setiap orang. - ABRAHAM LINCOLN

Sahabat yang paling setia kepada setiap orang ialah sepuluh batangjarinya. - MARDEN O.S.

Empat perkara yang menimbulkan kasih sayang: Muka jernih, ringan tulang,mencari penyesuaian masa dan sama yang dimulut dengan dihati. - HAMKAI

Imu yang paling rendah mutunya ialah ilmu yang berlegar dihujung lidahdan ilmu yang paling tinggi ialah yang melahirkan kesan kepada tingkahlakudan anggotanya. - SAIYIDINA ALI ABI TALIB

Timbang menimbang di dalam setiap pekerjaan adalah sangat diperkenankanTuhan. - MAKSUD HADIS

Ada beberapa pengalaman dalam hidup kita ini, mulanya kita sangka buruk, tetapisetelah sampai kepada hujungnya barulah kita mengerti bahawa amal yang buruk ituadalah berakhir yang baik. - HAMKA

Orang yang terhormat itu kehormatannya itulah yang melarangnya berbuat jahat. - BUDIMAN

Kita pasti sampai ke pantai jaya, bila berperahukan kemahuan besi dan baja dalammengharunginya. - ANONIM

Pendidikan bangsa akan turut menentukan corak kebudayaan nasional kita; kebudayaannasional pula akan mendorong pendidikan bangsa kepada yang dikehendaki. Dengandemikian, pendidikan dan kebudayaan saling mempengaruhi. - DR. ABU HANIFIAH

Pelajarilah jagat raya ini. Jangan kecewa jika dunia tidak mengenali anda tetapikecewalah kerana anda tidak mengenali dunia. - CONFUCIUS

Permulaan marah itu adalah gila, kesudahannya adalah menyesal. - LUKMANUL HAKIM

Apabila engkau susah, halangan itu mesti datang, dan engkau berdosa, tetapi jikaengkau sabar, halangan itu mesti berhujung dan engkau mendapat pahala. - UMAR AL KHATTAB

Bercakap-cakap adalah bertukar fikiran, bertukar pandangan dan bertukar pengalaman;rahsia bercakap ialah pandai bicara, pandai bertanya dan pandai mendengar. - DARYANTO

Berusahalah berbuat baik dengan segera. Lebih baik berbuat demikian pada hariini daripada hari esok, kerana hidup ini adalah pendek, sedangkan waktu berlarikencang. - PYTHAGORAS

Kegirangan tidak terletak ketika memotong padi tetapi kegirangan ialah memotongpadi tanaman sendiri. Dan jiwa manusia bukan tumbuh kerana upah, tetapi keranakerja yang sewajarnya mendapat upah. - MULTATULI

Kejahatan yang dilakukan oleh manusia ditinggalkannya di dunia. Kebajikan yangdilakukannya ditanam bersama-sama tulangnya. - WILLIAM SHAKESPEARE

Kesudahan dalam hidup laksana musim dingin, basah dan lembap, tiada disukai olehmanusia dan binatang. Tetapi sesudah musim sejuk tumbuh pula bunga-bunga yangharum dan buah yang subur. - WALTER SCOTT

Jangan menunggu sehingga esok apa yang dapat kamu lakukan hari ini.Orang-orang yang mampu mengatasi keadaan akan lebih cemerlang dari keadaan itusendiri. - ELIZABETH BARRET BROWNING

Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak padarohaninya. Apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai. - HAMKA

Koleksi Mutiara Kata 2

Hanya mereka yang mendapat didikan agama dan peradaban yang tertibketika kanak-kanak dapat diharap berdiri tegak sewaktu menghadapipancaroba. - W.E. VAN WIJK

Selain daripada kerelaan untuk berkorban, kekuatan sesuatu bangsa itubergantung kepada kerelaan dan kecekapan serta kesediaan untukbekerja. - SOEKARNO

Perkataan yang benar itu tetaplah benar sekalipun diucapkan olehorang kaya atau miskin kerana mutiara yang berharga tetap tidakjatuh harganya walaupun penyelamnya orang yang hina. - IBNU MAAFA'

Tinggalkan barang yang menimbulkan keraguan engkau dan ambil yangtidak meragukan. Sesungguhnya kejujuran, membuat hati tenteramdan dusta membuat hati ragu-ragu. - MAKSUD HADIS

Sebesar-besar atau seberat-berat urusan, jangan dihadapi dengan mukaberkerut, kerut muka itu dengan sendirinya menambahkan lagi kerutpekerjaan itu. - HAMKA

Orang berani tidak membabi buta melompat masuk ke dalam jurang, melainkanmasuk perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah mengukurdalamnya. - STAHL. P.J

.Naga makan segala apa yang melintasi dihadapannya, tetapi insan yangbijaksana dapat menyisihkan yang bermanafaat dengan yangbermudarat. - F.D. ROOSEVELT

Seorang guru mengajar dengan apa yang dia tahu, apa yang dicakapkandan apa yang dilakukan. - MARK TWAIN

Pendidikan yang baik saja belum pasti menjamin watak yang baik. - FONTTENEILE
Jangan mengira bahawa orang yang ketawa betul-betul riang gembira dalamhatinya. Kegembiraan sejati adalah suatu hal yang serius. - SENECA

Ada dua hal utama yang ingin dicapai dalam hidup - satu mendapatapa yang diinginkan dan kedua, menikmatinya. Bagaimanapun hanyaorang yang bijak yang berjaya mencapai tujuan kedua. - HAMKA

Janji untuk melaksanakan kewajipan tidak penting, tetapisentiasa menyedari kewajipan itulah yang penting. - J. LINDWORSKY

Persiapan yang baik untuk masa depan adalah tugas yang terakhirdilakukan dengan sebaik-baiknya. - MACDONALD

Seseorang baru boleh mengatakan bahawa memaaf sesama yang bersalahitu adalah baik dan luhur, apabila dia sendiri telah dan bolehmelakukannya dalam kehidupannya seharian. - TRIMANTO

Pangkal ilmu ialah mendengar sebaik-baiknya, kemudian memahamkannyadan sesudah itu mengingatkannya. Akhir sekali diamal dan disebarkanilmu itu untuk dimanfaatkan. - SUFYAN UYAYNAH

Apapun langkah yang anda ambil untuk mencapai kejayaan, bererti tatatertib terhadapdiri sendiri dan kewajipan. - AHLI JIWA

Jangan membuang waktu barang seminit pun untuk memikirkan orang-orang yang andatidak suka. - CICEROMasa muda adalah waktu yang baik untuk membina dan menyempurnakan sifat dankelakuan. - PERIBAHASA INGGERIS

Terlalu banyak bercakap tidak cekap, terlalu banyak makan menyebabkanmuntah. - PERIBAHASA TIBET

Orang yang berjiwa merdeka, tidak gentar menghadapi tanggungjawab. Dan kemerdekaanjiwa yang disertai dengan kemerdekaan budi, tidak dapat dibeli dengan harta-bendadan kedudukan yang tinggi. - HAMKA

Kanak-kanak adalah umpama simen basah. Setiap yang jatuh ke atasnya akan memberikesan. - BEECHER

Semua orang membuat kesalahan. Kebanyakan orang tergoda untuk membuat kesalahankerana dipengaruhi nafsu atau kepentingan peribadi. - JOHN LOOKE

Tiap-tiap harta yang didapati dengan jalan tidak benar amat panas dalam tangan,menyebabkan diri menjadi gelisah dan menghilangkan ketenteraman. - SYAIR ARAB

Watak seseorang menentukan nasibnya. Kebahagian atau kesengsaraan adalah akibatyang tidak dapat dihindarkan daripada watak itu. - PUTERI KARAJA

Memang mudah untuk berasa riang gembira jika hidup sentiasa lancar dan menyenangkan,laksana lagu yang merayu menawan hati. Tetapi orang yang pantas dipuji ialah orangyang masih sanggup tersenyum dalam keadaan yang serba menyayat hati. - ELLA AHEELER WILCOX


Orang yang ingin menggoncang dunia terlebih dahulu harus menggoncang dirinya. - SOCRATES

Mengagumi seseorang bererti berkeinginan menjadi sama seperti orang yang dikagumi;merasa irihati terhadap seseorang bererti berkehendak untuk menyingkirkannya. - PIERRE REVEERDY

Segala persoalan harus dikupas dengan hati panas, tetapi kepala hendaklah tetapdingin. - HATTA

Jangan meminjam wang kepada teman atau tetangga. Pinjamkan sahaja kepada orangasing supaya kalau sudah dilunasi tidak ada lagi cerita-cerita tentang halitu. - LORD BURGHLEY

Hidup seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orangdengan batu, tetapi dibalas dengan buah. - SAYIDINA ABU BAKAR

Koleksi Mutiara Kata 1

Orang yang bercita-cita dan berazam besar, selalu bertemu halangandan rintangan yang besar. Kebesaran halangan dan rintangan ituadalah ukuran kecil besar sesuatu cita-cita. - HAMKA

Selain daripada kerelaan untuk berkorban, kekuatan sesuatu bangsajuga bergantung kepada kerelaan dan kecekapan untuk bekerja. - SOEKARNO

Kehilangan milik tidak begitu penting, kehilangan kehormatan adalahlebih parah tetapi yang paling malang ialah apabila seseorang kehilangankeberanian. - GOETH

Senyuman adalah ibarat perhiasan batin, yang membantu mengindahkan perhiasanlahir yang kurang cantik.Dengan senyuman kemana pun kita pergi, bersinarlah disana cahayakegembiraan. Dengan senyum tiada urusan yang berat dalam dunia ini, semuanyadapat diatasi. - HAMKA

Kesalahan menggunakan wang masih boleh diperbaiki; tetapi salah dalam mempergunakan waktu, akan hilang selama-lamanya. - TRIMANTO

Kata-kata dari seorang sahabat yang setia dan jujur, lebih berharga daripadaharta benda yang diwarisi daripada nenek moyang. - SAYIDINA ALI ABI TALIB

Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Pergaulan membentuk kepercayaan dankeyakinan. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa, hendaklah bergaul dengan orang-orang yang berbudi, orang yang dapat kita kutip manfaat daripadanya. - HAMKA

Mempunyai wang itu memang baik, tapi lebih baik lagi mempunyai sesuatuyang tidak dapat dibeli dengan wang. - BUDIMAN

Tidak ada satu pun sifat yang diberikan Tuhan kepada kita yang tidakberguna. - HAMKAKekayaan yang hilang boleh dikejar kembali dengan usaha dan kerjabersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh dikembalikan denganubat-ubatan, tetapi waktu yang hilang, sekali hilang akan terushilang. - MARDEN O.S.

Sesiapa yang tidak sabar dengan satu perkataan, nescaya dia akanmendengar beberapa perkataan lagi. - SAIYIDINA ALI ABI TALIB

Orang yang mempunyai seribu orang kawan, tidak seorangpun yang akanditemuinya. Tetapi orang yang mempunyai seorang musuh akan menemuinyadimana-mana. - RALPH WALDO EMERSON

Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletakpada rohaninya. Apa yang dapat difikirkan menentukan apa yangdicapai. - HAMKA

Carilah seribu sahabat dalam pergaulan kerana seribu sahabat belumlahbanyak. Jauhi seorang musuh kerana musuh yang seorang itu sudahlebih daripada banyak. - LUKMANUL HAKIM

Sesungguhnya setiap kegagalan mengandungi benih-benih kenikmatan yangakan datang. Sebenarnya setiap kegagalan itu hanya berlaku untuksementara saja. - HAMKA

Seorang musuh lebih mudah mengambil tempat dalam kepala kita daripada seorangsahabat dalam hati kita. - EDMUND BURKE

Saudara itu ada tiga lapisan. Pertama; saudara seperti makanan yang tidak dapatdiketepikan sama sekali untuk selama-lamanya; saudara seperti ubat yang diperlukandalam tempoh yang tertentu dan saudara seperti penyakit yang tidak diperlukansama sekali. - KHALIFAH AL-MA'MUN

Tujuan utama saya hidup ialah mencari kebenaran bagi alam ini dan saya berkuasamenghimpunkan diantara sebesar-besar kasih bagi seseorang dan sebesar-besarkemurkaan bagi kesalahan. - MAHATMA GANDHI

Jangan cepat-cepat jadi kawan orang, tetapi sekali menjadi kawan, peliharalahhubungan itu sebaik-baik dan jangan sampai putus. - SOCRATES

Ambillah dari dunia untuk tubuh badanmu dan ambillah dari akhirat untukhatimu. - SUFYAN ATS-TSAURI

Bersedekah kepada orang miskin itu bererti satu sedekah sahaja, sementara sedekahkepada kaum kerabat itu bererti dua sedekah, iaitu bersedekah dan menguatkanhubungan persaudaraan. - MAKSUD HADIS

Tidak ada bahaya peribadi melainkan malas, dan tidak ada ketinggian peribadimelainkan rajin. - PERIBAHASA TIBETSabar terbahagi kepada dua iaitu, sabar dalam menjauhkan apa yang engkau tidaksuka dan sabar dalam mengejar apa yang engkau suka. - SAYIDINA ALI ABI TALIB

Apabila anda berbuat salah, jangan malu untuk mengakuinya dan berusahalah untukmemperbaikinya. Sesungguhnya itu adalah kesalahan. - CONFUCIUS

Percayalah tenaga sendiri. Peganglah nasib hidup dengan kedua-dua belah tangandan ubahlah nasib mengikut kemahuan sendiri. - ABU HANAFIAH

Tujuan utama dalam pendidikan ialah mendekatkan diri kepada Allah, bukan keranamencari nama, pangkat, pengaruh atau mengharapkan pujian orang. - MUSLIM

Orang akan tetap menjadi ahli ilmu sejati selama masih menuntut. Tetapi pada suatuketika apabila ia berkata, "Aku sudah pintar, " maka tetapkanlah bahawa ia sudahmenjadi bodoh dengan sendirinya. - LUKMANUL HAKIM

Manusia yang berakal budi sentiasa berusaha mempertinggi martabat jiwanya, sehinggamempunyai yang lebih baik sempurna. - HAMKA

Kalau ada kemahuan jujur, tentu ada jalan yang cepat dan dapat melaksanakan yangdicita. - LORD KILLEARN

Kisah Imam Ghazali Mencintai Ilmu

Suatu ketika Imam Ghazali brsembahyg jemaah dgn adiknya. Imam Ghazali mnjdi Imam mnkala adiknya menjdi makmum. Tiba-tiba semasa bersembahyang, adik Imam Ghazali mufarakah (keluar daripada menjadi makmum) dan bersembahyang sendirian.Setelah selesai menunaikan sembahyang Imam Ghazali terus bertanya kepada adiknya:
"Mengapa ketika bersembahyang engkau meninggalkan aku dan bersembahyang sendirian"Lantas adiknya menjawab; "Bagaimanakah aku hendak bersembahyang denganmu. Aku lihat tubuhmu penuh bersalut darah. Lantaran itulah aku bermufarakah dan sembahyang sendirian"Mendengar jawapan adiknya itu Imam Ghazali terus berfikir dan lantas teringat bahawa memang benar, pada ketika itu beliau sedang menulis tentang permasalahan haidh. Dan, memang benar juga, terdapat satu saat semasa beliau menunaikan sembahyang pemikiran beliau terbawa-bawa oleh apa yang sedang beliau tulis itu. Dan saat itu jugalah Allah zahirkan apa yang sedang beliau fikirkan itu ke mata adiknya sehingga adiknya melihat tubuh badannya dipenuhi dengan darah.Imam Ghazali terkejut lantas bertanya kepada adiknya; "Bagaimanakah kamu berupaya untuk melihat hal yang ghaib? Beritahulah kepadaku dari siapa kamu belajar ilmu ini"Adiknya kemudian menjawab; "Engkau tidak layak belajar dengannya. Engkau orang yang masyhur, sedangkan guruku ini orang biasa sahaja"Imam Ghazali terus mendesak sehingga akhirnya adik beliau bersetuju untuk membawanya berjumpa dengan gurunya itu. Di pasar, mereka mendatangi seorang penjual daging. Lalu adiknya memberitahu itulah guruku.Imam Ghazali terus berkata kepada penjual daging;"Tuan, saya mohon untuk belajar ilmu dengan Tuan"Penjual daging menggelengkan kepalanya lalu berkata; "Aku tidak ada ilmu untuk mengajar kamu"Imam Ghazali merayu sekali lagi; "Ajarlah saya. Ajarkanlah saya ilmu yang Tuan tidak ada itu"Penjual daging tetap enggan menunaikan keinginan Imam Ghazali itu. Akhirnya Imam Ghazali berkata kepada penjual daging tersebut; "Ajarlah saya. Saya serahkan diri saya kepada Tuan seumpama mayat menyerahkan diri kepada si tukang mandi"Penjual Daging kemudian berkata; "Baiklah, tanggalkanlah jubah kebesaran kamu itu (jubah yang dipakai Imam Ghazali kerana beliau merupakan orang tertinggi di Universiti Nizamiyyah). Sapulah meja tempat aku memotong dan menjual daging ini dengan jubahmu itu."Tanpa berlengah lagi Imam Ghazali terus menunaikan kehendak penjual daging tersebut tanpa sedikitpun merasa terkilan. Setelah selesai, beliau berkata lagi kepada penjual daging; "Ajarkanlah aku ilmu"Penjual daging kemudian berkata;"Baiklah, esok datanglah ke rumahku selepas Subuh"Tepat selepas Subuh keesokan harinya Imam Ghazali sudah sedia menanti sipenjual daging di hadapan rumah. Sebaik sahaja melihat Imam Ghazali beliau terus menyuruhnya memotong rumput di kawasan rumah. Imam Ghazali terus akur tanpa terdetik di dalam hatinya sedikitpun rasa terhina. Selesai menyiapkan tugas yang dipinta oleh penjual daging, Imam Ghazali pun mendatangi beliau, lalu mengulangi kata-kata;"Ajarkanlah aku ilmu"Penjual daging berkata;"Baiklah, esok datanglah ke rumahku selepas Subuh"Sama seperti hari sebelumnya, sebaik-baik sahaja selepas Subuh Imam Ghazali sedia menunggu di hadapan rumah penjual daging. Melihatkan Imam Ghazali, penjual daging meminta pula beliau mencuci longkang di sekeliling rumahnya. Imam Ghazali tetap taat menuruti perintah penjual daging.Setelah selesai, Imam Ghazali berkata kepada penjual daging;"Wahai Tuan, kerja yang Tuan suruh telah dilaksanakan. Ajarkanlah aku ilmu."Penjual daging berkata lagi;"Baiklah, datanglah kembali selepas Subuh esok"Keesokan harinya hal yang sama juga berlaku. Kali ini penjual daging meminta Imam Ghazali menimba najis dari tandas beliau. Tugas yang ini juga dilaksanakan tanpa terselit sedikitpun perasaan terhina dalam hati Imam Ghazali.Apabila selesai penjual daging tersebut berkata; "Segala ilmu yang kamu mahu telah kamu dapat. Pulanglah."Dalam perjalanan pulang Imam Ghazali terkejut kerana mendapati pandangannya telah tersingkap dan beliau dapat melihat hal-hal yang ghaib.Pengajaran:
1. Kita melihat Imam Ghazali sebaik sahaja mengetahui tentang sesuatu ilmu terus sahaja beliau mencari dan mendatanginya serta berusaha untuk mendapatkannya tanpa berputus asa. Tidak pula beliau mengambil sikap menunggu ilmu itu mendatangi beliau.
2. Perkara lain yang boleh dipelajari ialah ketaatan Imam Ghazali terhadap arahan gurunya. Apabila diminta datang selepas Subuh, beliau menghadirkan diri tepat pada waktunya. Tatkala diminta membuat pelbagai perkara, beliau akur tanpa banyak bersoal jawab bahkan tidak terdetik pun di dalam hatinya perasaan musykil dan prasangka terhadap gurunya. Sikapnya yang tawaduk dan menyerahkan diri bulat-bulat seumpama mayat menyerah diri kepada si tukang mandi agar dapat dididik sepenuhnya oleh gurunya inilah yang mendorongnya untuk mentaati tiap perintah, membuat segala yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh gurunya.
3. Dalam mendidik, penjual daging tersebut menumpukan kepada mengikis sifat-sifat mazmumah seperti ego dan menanamkan sifat-sifat mahmudah seperti tawadhuk dalam diri anak muridnya. Sifat-sifat mazmumahlah sebenarnya yang menghijab ilmu yang ingin dialirkan daripada sampai ke hati. Manakala sifat mahmudah merupakan kunci kepada kefahaman ilmu. Apabila hati bersih, hati mudah menerima ilmu. Dan dengan hati yang bersih dari sifat mazmumah ini juga menjadikan hati itu semakin tenang dengan banyaknya ilmu dan bukannya semakin berserabut.Hasil daripada itu kita dapat lihat mengalirnya keberkatan ilmu dari gurunya itu kepada Imam Ghazali. Sehingga beliau berupaya menghasilkan tulisan yang agung, dapat menghafal lebih 100,000 hadith dan digelar Hujjatul Islam.
~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
* INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *

Manusia Bermusuh Kerana Harta Dan Tahta

Manusia bermusuh kerana harta dan tahta
Dari Abdullah bin Amr Ash, RasuluLlah s.a.w. bertanya kepada para sahabat, "Jika Persia dan Romawi telah berhasil ditaklukkan untuk kalian, bagaimana keadaan kalian ketika itu?”AbdurRahman bin Auf menjawab, "Kami akan bersikap seperti yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.”Rasul menyanggah, “Atau, tidak akan begitu! Kalian akan berlomba-lomba dan bersaing, kemudian kalian akan hasad, selanjutnya kalian akan saling membelakangi dan kemudian akan saling membenci.”(Hadith ini sahih diriwayatkan Imam Muslim dalam kitab Sahihnya bab Zuhud dan Raqaiq (kelembutan jiwa),Hadith nombor 7616)Huraian:Hal begini bakal berlaku bila kekuasaan dan kekayaan berada ditangan umat Islam.
Apabila perintah Allah s.w.t. mulai diabaikan ketika tahta dan harta sudah ditangan, maka 4 TA akan berlaku yang menyebabkan tahta dan harta hilang kembali. 4 TA tersebut ialah pertama, Tanafus iaitu saling berebut dan bersaing untuk mendapatkan dan tidak suka jika orang lain yang mendapatkannya. Kedua, Tahasud iaitu saling hasad, iri dan dengki. Berbagai cara akan dilakukan agar kenikmatan yang dirasai saudaranya hilang. Ketiga Tadaabur iaitu saling membelakangi, tidak bertegur sapa dan memutuskan sebarang bentuk hubungan dan komunikasi. Keempat, Tabaghudh iaitu saling membenci, kata-mengata, fitnah memfitnah. Ukhuwwah menjadi putus, permusuhan semakin marak dan mendalam.Baru semalam di dalam satu perbincangan mengenai perjanjian untuk projek kerjasama, timbul satu isu mengenai betapa perlunya kita membuat perjanjian yang jelas hatta dengan saudara kandung sendiri bagi mengelakkan permusuhan. Kita tidak boleh mengambil sikap tak apa, sikap ambil mudah kerana mempercayai seseorang. Bila soal harta dan tahta, manusia akan cepat berubah dan kelabu mata. Malah pepatah Melayu ‘air dicincang tak akan putus’ yang menggambarkan perbalahan sesama saudara tidak akan memutuskan persaudaraan perlu dikaji semula. Persoalannya bagaimana kalau air tersebut dah dibekukan. Bukankah boleh diputus dua dengan gergaji? Maknanya selagi dua pihak boleh berlembut dan tidak membeku dengan sikap tidak mahu bertolak ansur, maka persaudaraan masih dapat diselamatkan. Kalau tidak berantakkanlah jadinya. Fikirkanlah……….!

Malu Sebahagian Daripada Iman

Tuesday, August 17, 2010

Aduhai,...
Setiap wanita dikurniakan oleh ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU si wanita tahu menjaga kehormatannya
Kerana MALU si wanita tahu menilai batas- batas sosialnya
Kerana MALU juga si wanita gagal diperdaya pujukan nafsu


Kini si wanita itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu terdedahlah auratnya lantas kehormatan diri tergadai
Kerana hilangnya MALU itu si wanita gagal menilai apa itu HARAM apa itu HALAL
Kerana kehilangan MALU itu si wanita lemas dan hanyut dengan tipu daya nafsu.


Aduhai,... setiap lelaki juga dikurniakan oleh ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU, si lelaki nasihat diri dan si wanita agar bersama-sama jaga maruah diri dan MENJAGA AURAT
Kerana MALU, si lelaki mengingatkan diri dan si wanita tentang batas-batas sosial pergaulan, HALAL dan HARAM tu kena INGAT!
Kerana MALU itu, si lelaki menjaga dan mendidik nafsunya. JANGAN mengajak si wanita berbuat DOSA. Selalu mengingatkan dengan
kata "TAKUTLAH AKAN ALLAH !"

Kini, si lelaki itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu si lelaki MENGAJAK si wanita BERBUAT MUNGKAR
Kerana hilangnya MALU itu si lelaki lupa tentang HUKUM ALLAH swt
Kerana telah hilangnya MALU itu si lelaki mungkin hilang taraf KHALIFAH!

Sabda Rasullullah saw, SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN.
Wahai si wanita dan si lelaki janganlah menzalimi diri dengan meletakkan MALU itu bukan ditempatnya.

MALUlah kamu dengan ALLAH swt kerana ingkar akan suruhannya
MALUlah kamu dengan RASULLULLAH saw kerana meninggalkan sunahnya
MALUlah kamu kerana lupa dan malas membaca AL-QURAN
MALUlah kamu kerana tidak menghormati GURU
MALUlah kamu kerana melawan kata IBUBAPA.
MALUlah kamu atas DOSA -DOSA kamu

Maka percayalah bahawa MALU itu akan menyelamatkan kita dari fahsyar walmungkar!!!

Usahlah Berduka...

1- Bergembiralah dengan pilihan ALLAH untuk anda. sebab anda tidak tahu tentang maslahat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan.

2-Ketahuilah, bahawa ujian itu akan mendekatkan diri anda dengan ALLAH, mengajar agar anda berdoa, dan menghilangkan sifat takabur, ujub dan segala kesombongan dari diri anda.

3- Berbuat baiklah kepada sesama manusia, dan hulurkan kebaikan kepada semua orang agar anda memperolehi kebahagian ketika menziarahi orang sakit, memberi sesuatu kapada orang yang memerlukan, dan menyayangi anak yatim.

4- Ketahuilah. bahawa anda sebenarnya memiliki berbagai kenikmatan, dan memiliki pundi-pundi kebaikan yang ALLAH kurniakan kepada diri anda.

5-Jauhilah buruk sangka, lemparkan angan-angan kosong, khayalan-khayalan buruk dan fikiran-fikiran yang kotor.

Jangan Bersedih, Hidup Ini Bukan Untuk Bersedih...




Jika dunia ini tiada keimanan di dalamnya, maka dunia ini tidak berguna, tidak bernilai dan tidak bermakna.

Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih akan selalu mengganggu dengan kenangan masa lalu, akan membuatmu khuatir dengan segala kemungkinan di masa yang akan datang, dan akan menyia-nyiakan kesempatan pada hari ini.

Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih hanya akan membuat hati menjadi kecut, wajah menjadi muram, semngat akan padam, dan harapan akan menghilang.

Jangan bersedih, sebab kesedihan hanya akan membuat musuh gembira, membuat kawan bersedih, membuat orang yang mendengki senang, dan membuat hakikat-hakikat yang ada berubah.

Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih sama dengan menentang qadha', dan menyesali sesuatu yang pasti, jauh dari sikap lembut dan benci terhadap nikmat.

Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih tidak akan pernah mengembalikan suatu yang hilang dan yang telah pergi, tidak akan membangkitkan orang yang mati, tidak mampu menolak takdir, dan tidak mendatangkan manfaat.

Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih itu datangnya dari syaitan, dan kesedihan itu adalah rasa putus asa yang menakutkan, kefakiran yang menimpa, putus asa yang berlanjutan, depresi yamg harus dihadapi, dan kegagalan yang menyakitkan.


Petikan dari terjemahan buku 'La Tahzan' oleh Dr, 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni