Anak ialah merupakan salah satu di antara anugerah Allah swt kepada hamba-hamba-Nya serta menjadi salah satu punca rezeki dan mendatangkan kenikmatan serta kegembiraan kepada manusia.زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)." (Ali-Imran : 14)
Anak merupakan harta yang sangat berharga serta turut menjadi bekalan di dunia dan di akhirat apabila anak yang soleh dapat medoakan ibubapanya dan memberikan pertolongan kepada mereka di saat-saat memerlukan.
Oleh kerana itu untuk melahirkan tabiat manusia yang baik, maka perlu bagi setiap muslim memperhatikan bagaimanakah mereka mendidik anak-anak serta melihat dan mengawasi tumbesaran anak-anak mereka agar selari dan selaras dengan kehendak Islam.USIA DAN PERILAKU BAYI SERTA NILAI KEBAIKAN YANG HARUS DITANAMKAN
Pada usia 1 bulan biasanya bayi berkelakuan:1. Menghisap,tidur dan mendengarkan suara.
2. Memandangi wajah.
3. Di dukung dan dibuai.
Oleh kerana itu berikan anak anda :
1.Tempat tidur yang lembut dan nyaman.
2.Respon yang hangat dan penuh kasih sayang terhadap tangisannya.
3.Pelukan dan buaian dan disertai dengan kata-kata yang lembut.
Pada usia 2 bulan biasanya bayi suka:
1.Mendengarkan suara-suara.
2.Memandangi tangannya.
3.Mengangkat kepala dan mengikuti objek yang bergerak dengan pandangannya.
4.Terseyum dan diberi senyuman.
Oleh itu berikan pada anak anda:
1.Mainan yang lembut untuk dipegang dan digenggam.
2. Beri kesempatan padanya untuk mengangkat kepala dengan cara meletakkan dalamposisi telungkup.
3.Selalu berbicara dan tersenyum kepadanya.
4.Perdegarkan pada anak bacaan ayat-ayat suci Al-quran.
5.Jangan memperdengarkan ucapan-ucapan yang buruk atau “lahwun”.
6.Ajarilah dengan ucapan-ucapan yang mulia.
Pada usia 3 bulan biasanya bayi suka:
1.Memandangi dan melambaikan tangannya.
2.Memasukkan benda-benda ke dalam mulutnya.
3.Mendengarkan suara sendiri.
Oleh kerana itu, berikan pada bayi anda:
1.Mainan-mainan yang berwarna cerah dan selamat (tidak berbucu dan tidakmengandungi bahan kimia beracun/yang berbahaya).
2.Mainan-mainan yang berbunyi,usahakan bunyi yang boleh mendidik.
3.Gantungkan berbagai benda disekitar tempat tidurnya juga merupakan usaha untukmendidik anak,misalnya huruf-huruf al-quran dan rumi dan lain-lain.
4.Beri kesempatan untuk menikmati pemandangan diluar rumah dengan membawake luar rumah.
5.Perdengarkan alunan ayat-ayat suci al-quran.
Pada usia 4 bulan bayi suka:
1.Mengangkat tubuhnya dengan kedua lengannya dalam posisi telungkup.
2.Mengangkat kakinya ke arah wajahnya dan membuka gerakan-gerakan menendang.
3.Menggigit benda-benda yang dapat di masukkan ke dalam mulutnya.
4.Memukul-mukul air dengan tangan dan kakinya ketika dimandikan.
Oleh kerana itu,berikan anak anda:
1.Lebih kerap keluar rumah.
2.Gantung mainan yang dapat diraihnya.
3.Kenalkan dengan benda-benda baru yang ada disekitar rumah.
4.Tonjolkan rasa kasih sayang dihadapan bayi.
5.Perdengarkan alunan ayat-ayat suci al-quran.
6.Hilangkan semua perkataan kotor.
7.Tampakkan wajah ceria kepada bayi anda.
Pada usia 5 bulan,bayi suka:
1.Meraba,menggoncang-goncang dan memukul-mukul sesuatu.
2.Berguling.
3.Duduk dengan bantuan.
4.Berbaring telungkup,kepala dan dada diangkat dan berusaha melihat sekeliling.
5.Menggigit sesuatu yang ada di mulutnya.
Oleh kerana itu berikan anak anda:
1.Sebuah mainan untuk ditendang-tendang.
2.Bunyi-bunyian untuk dimainkan.
3.Alunan ayat-ayat suci al-Quran dan kata-kata yang mulia.
4.Senyum dan kasih sayang ketika mendekatinya.
5.Suara-suara menarik yang boleh didengar,contohnya memakaikan kasut yangberbunyi dan lain-lain yang sesuai.
Pada usia 6 bulan, bayi suka :
1.Berguling.
2.Memasukkan sesuatu kedalam mulutnya.
3.Tersenyum pada wajah-wajah yang dikenalinya.
4.Menjatuhkan,membuang atau memukul-mukul sesuatu yang dipegangnya.
Oleh kerana itu beri bayi anda:
1.Sebuah bola untuk digulingkan dan digenggam.
2.Berikan senyuman dan kasih sayang saat mendekatinya.
3.Berikan mainan dari plastik yang tidak membahayakan.
4.Suara anda,saat ini anak sudah mula mengenal dan membezakan suara,makaberkatalah yang bearti.
5.Dengarkan alunan ayat-ayat suci Al-Quran.
Pada usia 7 bulan anak suka :
1.Duduk tanpa bantuan.
2.Mengunakan jari-jari dan ibu jari bersama-sama untuk sebuah tujuan,sepertimengambil mainan.
3.Benda-benda yang mengeluarkan suara,seperti senduk alat rumah tangga.
4.Mengigit dengan gigi pertamanya.
5.Mendengar suara-suara.
Oleh kerana itu berikan kepada anak anda:
1.Mainan ditempat mandinya.
2.Lantunan ayat-ayat suci al-quran.
3.Kenalkan lafaz-lafaz tauhid.
4.Bermain renjis-renjis ketika sedang mandi atau memasukkan sesuatu dalam air.
5.Beri permainan yang berbunyi.
Pada usia 8 bulan,bayi suka :
1.Berputar.
2.Melihat ke arah mainan yang dijatuhkannya.
3.Memindahkan mainan dari satu tangan ke tangan lainnya.
Oleh kerana itu berikan anak anda:
1.Mainan yang boleh dipukul-pukulkan bersama.
2.Mainan-mainan plastik.
3.Diperlihatkan dirinya melalui cermin.
4.Rasa senang dan kasih dihadapan anak.
5.Perdengarkan kepadanya ayat-ayat suci al-quran.
6.Penampilan rapi dan bersih didepan anak.
Pada usia 9 bulan bayi suka:
1.Menarik atau mengangkat badannya sendiri.
2.Merangkak dilantai.
3.Melakukan permainan yang saling berangkaian.
4.Memandangi dirinya dikaca mempelajari berbagai peredaran bentuk dan permukaan objek-objek.
Oleh kerana itu berikan anak anda:
1.Beri kesempatan untuk makan sendiri,tentunya mula ditanamkan adab makan sesuaidengan islam. Dimulakan dengan Bismillah dan disudahi dengan Alhamdulillah.
2.Pujian dan dorongan anda untuk kemampuan-kemampuannya yang ditunjukkan.
3.memperkenalkan bahawasanya tiada yang berdaya dan berupaya kecuali dari Allah.pasti ini sifatnya menghafal.
4.Mainan-mainan yang aman.
Pada usia 10 bulan,bayi suka:
1.Memasukkan jari-jari kelubang terbuka.
2.Bemain tepuk silang.
3.Menarik tubuhnya ke posisi berdiri.
4.Menjelajah lingkungan fiziknya.
Oleh kerana itu berikan anak anda:
1.mainan yang boleh bergerak-gerak.
2.Beri buku khusus untuknya.
3.Beberapa belon atau mainan kotak-kotak kosong.
4.Selang-selikan dalam permainan dengan alunan ayat al-quran.
5.Berpenampilan dihadapan anak dengan akhlak yang baik.
Pada usia 11 bulan anak suka:
1.Memegang dan mengamati mainan atau objek-objek dengan hati-hati.
2.Bermain bersama,tetapi belum dengan anak-anak lain.
3.Menunjukkan perhatian terhadap pengasuh utama,terutama orang tua.
Oleh kerana itu berikan pada anak anda:
1.Kasih sayang penuh dari kedua orang tua,lebih-lebih ibu.
2.Ajaklah berkomunikasi dengan penuh kasih sayang dalam waktu-waktu tertentu,terutama mengenai dirinya dan benda-benda yang ada di sekitarnya.
3.Kesempatan untuk mengembangkan penguasaan kemampuan pergerakan baru,merangkak berdiri dan berjalan.
4.Selang-selikan dalam permainan tersebut dengan mensyukuri ni’mat Allah danalunan ayat-ayat suci al-quran.
Pada usia 12 bulan anak suka:
1.Menguasai pergerakan baru.
2.Meletakkan tutup diatas tabung atau tempat,kemudian mengangkatnya kembali.
3.Mencuba naik pada permukaan-permukaan yang agak tinggi.
Oleh kerana itu berikan anak anda:
1.Pujian untuk pelbagai kebolehannya dan ucapan penghargaan kepadanya.
2.Kasih sayang namun menunjukkan sifat formal.
3.Memberi permainan yang boleh ditarik.
4.Selang-selikan dalam permainan anak dengan alunan ayat al-quran.
5.Tanamkan sedikit demi sedikit ketauhidan sesuai dengan kemampuannya
MARI KITA CUBA TIPS INI. SAYA PUN BARU NAK BELAJAR MENDIDIK ANAK , INSYA-ALLAH YANG SOLEH DAN SOLEHAH.
Al-Quran dari kacamata barat
12 years ago
0 comments:
Post a Comment